Kawasan Kami Tidak Mempunyai Pusat Terapi !

Anda boleh menjadi ahli program "Parents As Therapists"


Kami menyediakan bahan terapi untuk anda secara percuma. Sila lihat gambar. Jika ingin menjadi ahli, sila baca "Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli" di bawah.


Kenapa perlu ada program seperti “Parents As Therapists” padahal ada terapis di luar sana?


Bukan semua keluarga yang berkemampuan untuk menghantar anak untuk terapi malah ada juga ibu bapa yang tinggal di tempat yang tidak menawarkan terapi.


Ada pula sesetengah Ibu bapa yang seronok dan pandai membuat terapi dengan anak mereka. Ada juga, sesetengah ibu bapa seperti saya, yang lebih suka untuk menghantar anak saya untuk diajar oleh guru yang penyayang di pusat kami.


Pada pendapat saya, ia adalah sukar untuk mengajar anak sendiri kerana emosi kita sebagai ibu bapa. Ini hanyalah pendapat saya dan bukan sesuatu faktor.

Bagaimanakah kami mengetahui bahawa sesetengah keluarga tidak mampu untuk membiayai kos terapi ataupun tinggal di kawasan yang tiada pusat terapi?


Di Louis Center, kami menawarkan perundingan percuma kepada semua keluarga. Kami menjalankan assessment (penilaian) untuk 20 keluarga seminggu.


Ada keluarga yang datang dari jauh seperti; Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Rembau, Jempol dan sebagainya.Ramai dari mereka hanya mempunyai motosikal. Ia agak mencabar untuk membawa anak syurga dengan motosikal dari jarak yang jauh setiap hari.


Ada sesetengah Ibu bapa yang bekerja dan tidak dapat menghantar atau menjemput anak dari pusat terapi.

Bagaimanakah Ibu bapa/penjaga boleh menjadi terapis yang berjaya?


Kita perlu faham yang semua ibu bapa mempunyai keinginan dan semangat yang teguh untuk memajukan anak mereka.


Pusat kami juga menawarkan penilaian susulan percuma untuk ibu bapa. Di sini kami menilai kemajuan anak mereka. Jika anak mereka tidak memcapai matlamat yang kami telah cadangkan, kami akan membimbing ibu bapa dengan cara yang lebih sesuai untuk situasi mereka.


Bagi ibu bapa yang tinggal di pinggiran bandar Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak, kami harap program ini dapat membantu mereka.


Kami juga mengharapkan bantuan dari ibu bapa dari segi cadangan supaya program kami boleh dikukuhkan.


Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli "Parents as Therapists"?

Anda hanya perlu tekan butang di bawah sini. Keahlian adalah hanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak keperluan khas.





Siapakah lagi yang membantu ibu bapa yang kurang kemampuan ?

Dr Rajandran Muthoo, seorang Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, yang dilatih di Ireland dan UK. Beliau bekerja sebagai Pakar Psikiatri Kanak-Kanak sementara di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Pensyarah Senior di IMU dan juga Pakar Perunding di Louis Center.


Dr Rajandran mempunyai lebih dari 1000 pesakit dari pelbagai latar belakang. Beliau percaya bahawa ia adalah tugas kami untuk menyebarkan pengetahuan dan pengalaman kami di kalangan orang yang memerlukannya.


Adakah “Parents As Therapists” popular?


Ya, kami menerima banyak maklum balas dari Ibu bapa.

Matlamat kami adalah untuk membantu golongan Ibu bapa semampu yang boleh. Kami berkongsi apa yang kami fikir akan membantu mereka kelak .


Apakah itu pengetahuan jika tidak dikongsi?
“Ukuran sebenar pendidikan adalah bukan apa yang kita tahu, tetapi bagaimana caranya kita berkongsi bersama’’

Kurt Nerburn (Petikan dari Bahasa Inggeris)


“The true measure of your education is not what you know, but how you share what you know with others”


Kurt Nerburn

Our Services

Community Service

Contact Us

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Louis Center for Children with Special Needs Seremban

1908, Lorong Sentul 1/1,

Jalan Tok Ungku,

70100 Seremban

Negeri Sembilan